Thursday, 15 November 2012

Aktiviti Pembelajaran Matematik Tahun 2C

Aktiviti Pembelajaran
Matematik Tahun 2C
Objektif Pembelajaran: 
  • Mengenalpasti mata wang RM1, RM5, RM10 dan RM50.
  • Menambah dua nilai wang yang melibatkan ringgit dan sen dan nilai tidak melebihi RM50.
  • Menolak dua nilai wang yang melibatkan ringgit dan sen.
  • Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan operasi tolak.
  • Mengenal unit mililiter dengan memerhatikan senggatan daripada silinder penyukat.
  • Murid bekerjasama dan berdisiplin semasa menjalankan aktiviti jual-beli.
  • EMK - Keusahawanan
  • Kemahiran - Kemahiran Matematik, Kemahiran berkomunikasi, Kemahiran kreatif dan kritis, Kemahiran kepimpinan, Kemahiran mengira, Kemahiran menaakul.


SEBELUM BUKA NIAGA



Kumpulan ini menjual kraf tangan hasil kerja murid Pendidikan Seni. Murid-murid berlakon sebagai peniaga menjual kraf tangan. Mereka mula mempamerkan barang jualan sebelum buka niaga. Mereka memilih kraf tangan yang cantik menjual RM10 dan yang lain menjual RM5. Sebelum buka niaga, mereka telah mengira modal niaga.




Kumpulan ini pula menjual buku cerita. Murid-murid berlakon sebagai pekedai buku cerita. Mereka mempamerkan buku-buku cerita mengikut harga buku sebelum buka niaga.Sebelum buka niaga, mereka telah mengira modal niaga.




 Kumpulan ketiga ini menjual air. Murid-murid berlakon sebagai gerai menjual air. Mereka perlu mengisi 500 mililiter ke dalam botol kosong sebelum menjual. Sebelum buka niaga, mereka telah mengira modal niaga.


BUKA NIAGA
   Pelanggan mula memilih dan membeli buku cerita.


 Peniaga ( Lee Wen Hui ) bertugas sebagai juruwang dan mula mengira jumlah wang belian.



Peniaga ( Lee Wen Hui ) menerima wang daripada pelanggan 
( Low Pei Ying) dengan sopan dan mengucap terima kasih kepada pelanggan.


 Pelanggan ( Cheah Meng Lee ) membuat bayaran kepada peniaga ( Kee Hui Xin ).


 Peniaga ( Kay Pei Han ) menerima wang dengan sopan.



 Peniaga ( Lee Wen Hui ) mengesyorkan buku cerita kepada pelanggan ( Tan Le Thon ).




 Murid-murid ( Tan Weng Thong, Yee Ya Jin dan Chew Ming Shuen ) bekerjasama mengisi air ke dalam botol air.


 Pelanggan membeli air botol dengan peniaga ( Yee Ya Jin dan Chew Ming Shuen ).



 Peniaga ( Yee Ya Jin ) menerima wang dan mengira baki wang kepada pelanggan.



TUTUP NIAGA


 Peniaga ( Lau Hing Yann dan Yee Ya Jin ) mengira  jumlah keuntungan.

Peniaga ( Tan Weng Thong dan Chew Ming Shuen) membersihkan kawasan selepas berniaga.






Pekedai buku cerita ( Chang Gum Wai, Kee Hui Xin, Lee Wen Hui, Ong Chui Mwin dan Yeoh Shu Wen ) mula mengira keuntungan hari ini.





 Peniaga kraf tangan ( Chan Ping Yuen, Kee Hui Xin, Kay Pei Han, Chong Jing Sheng dan Ng Xiuli ) mula mengira jumlah keuntungan.






5 comments:

  1. 100% mencapai objektif pembelajaran. Murid-murid melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti jual-beli. Didapati murid-murid mempunyai kemahiran berniaga dan dapat mengira keuntungan niaga. Sebelum menamatkan pembelajaran, saya menanya apa perasaan murid menjadi sebagai seorang peniaga ataupun pelanggan.

    ReplyDelete
  2. murid boleh bekerjasama menjalankan aktiviti,bagus.

    ReplyDelete