Sunday, 9 December 2012

Saturday, 8 December 2012

Makro Pengajaran Matematik Tahun 2 - Ruang

Makro Pengajaran Matematik Tahun 2 ( By POWERPOINT )

Tajuk : Ruang

Standard Kandungan              : 13.1   Mengenal pasti bentuk tiga
                                                            dimensi.
Objektif Pembelajaran            : Pada akhir pembelajaran, murid
                                                  
                                                   dapat

Domain Kognitif : Menyatakan nama dan ciri-ciri bentuk bentuk 

tiga dimensi.

Domain Afektif : menjalankan aktiviti kumpulan dengan kerjasama.

Domain Psikomotor : Membentuk kubus dengan betul.



Monday, 19 November 2012

Iklan Rukun Negara

Iklan Rukun Negara

  • Kedegilan & Kekerasan Bukan Satu Penyelesaiannya



Setelah menonton iklan ini, saya rasa sendiri kadang kala akan panas baran juga tetapi tidaklah begitu keras dan degil. Hahaha~ Kita perlu belajar toleransi dan kerjasama. 
Kawan, apakah perasaan kamu pula?



Thursday, 15 November 2012

Abakus

Mari Belajar Abakus 珠算盘

Click Picture









Aktiviti Pembelajaran Matematik Tahun 2C

Aktiviti Pembelajaran
Matematik Tahun 2C
Objektif Pembelajaran: 
  • Mengenalpasti mata wang RM1, RM5, RM10 dan RM50.
  • Menambah dua nilai wang yang melibatkan ringgit dan sen dan nilai tidak melebihi RM50.
  • Menolak dua nilai wang yang melibatkan ringgit dan sen.
  • Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan operasi tolak.
  • Mengenal unit mililiter dengan memerhatikan senggatan daripada silinder penyukat.
  • Murid bekerjasama dan berdisiplin semasa menjalankan aktiviti jual-beli.
  • EMK - Keusahawanan
  • Kemahiran - Kemahiran Matematik, Kemahiran berkomunikasi, Kemahiran kreatif dan kritis, Kemahiran kepimpinan, Kemahiran mengira, Kemahiran menaakul.


SEBELUM BUKA NIAGA



Kumpulan ini menjual kraf tangan hasil kerja murid Pendidikan Seni. Murid-murid berlakon sebagai peniaga menjual kraf tangan. Mereka mula mempamerkan barang jualan sebelum buka niaga. Mereka memilih kraf tangan yang cantik menjual RM10 dan yang lain menjual RM5. Sebelum buka niaga, mereka telah mengira modal niaga.




Kumpulan ini pula menjual buku cerita. Murid-murid berlakon sebagai pekedai buku cerita. Mereka mempamerkan buku-buku cerita mengikut harga buku sebelum buka niaga.Sebelum buka niaga, mereka telah mengira modal niaga.




 Kumpulan ketiga ini menjual air. Murid-murid berlakon sebagai gerai menjual air. Mereka perlu mengisi 500 mililiter ke dalam botol kosong sebelum menjual. Sebelum buka niaga, mereka telah mengira modal niaga.


BUKA NIAGA
   Pelanggan mula memilih dan membeli buku cerita.


 Peniaga ( Lee Wen Hui ) bertugas sebagai juruwang dan mula mengira jumlah wang belian.



Peniaga ( Lee Wen Hui ) menerima wang daripada pelanggan 
( Low Pei Ying) dengan sopan dan mengucap terima kasih kepada pelanggan.


 Pelanggan ( Cheah Meng Lee ) membuat bayaran kepada peniaga ( Kee Hui Xin ).


 Peniaga ( Kay Pei Han ) menerima wang dengan sopan.



 Peniaga ( Lee Wen Hui ) mengesyorkan buku cerita kepada pelanggan ( Tan Le Thon ).




 Murid-murid ( Tan Weng Thong, Yee Ya Jin dan Chew Ming Shuen ) bekerjasama mengisi air ke dalam botol air.


 Pelanggan membeli air botol dengan peniaga ( Yee Ya Jin dan Chew Ming Shuen ).



 Peniaga ( Yee Ya Jin ) menerima wang dan mengira baki wang kepada pelanggan.



TUTUP NIAGA


 Peniaga ( Lau Hing Yann dan Yee Ya Jin ) mengira  jumlah keuntungan.

Peniaga ( Tan Weng Thong dan Chew Ming Shuen) membersihkan kawasan selepas berniaga.






Pekedai buku cerita ( Chang Gum Wai, Kee Hui Xin, Lee Wen Hui, Ong Chui Mwin dan Yeoh Shu Wen ) mula mengira keuntungan hari ini.





 Peniaga kraf tangan ( Chan Ping Yuen, Kee Hui Xin, Kay Pei Han, Chong Jing Sheng dan Ng Xiuli ) mula mengira jumlah keuntungan.






Makro Pengajaran Matematik Tahun 2

Makro Pengajaran Matematik Tahun 2

Tajuk: Ruang

  • Namakan bentuk tiga dimensi.
  • Nyatakan ciri-ciri bentuk tiga dimensi.
  • Menjalankan aktiviti koperatif dengan hormat-menghormati, berdisiplin dan  bekerjasama.

Monday, 12 November 2012

Pendidikan Moral Tahun 1

Pendidikan Moral Tahun 1
Objektif Pembelajaran :
  • Murid menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
  • Murid boleh melakukan aktiviti menyiram pokok bunga, menyapu  dan membersihkan cermin dengan cara yang betul.
  • Murid berkeyakinan dan hormat-menghormati.



Murid menyiram pokok bunga dengan cara yang betul.


 Murid-murid bekerjasama membersihkan kawasan dan menyiram pokok bunga.



Murid-murid saling menolong menyiram pokok bunga.

Murid belajar menyapu air ke dalam longkang.




Murid belajar bagaimana membersihkan cermin dengan cara yang betul.



Murid melakukan aktiviti pembelajaran dengan seronok.